“Kalau satu kumpulan sedang marah, kita tambah minyak akhirnya akan jadi kebakaran lebih besar”- Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bersatu sama sekali tidak berkompromi dengan sesiapa mempersenda atau meremehkan kesucian Islam, namun mengambil pendirian rasional dengan menggesa pihak berkuasa bertindak tegas dan segera dalam isu jualan stoking kalimah Allah.

“Isu kalimah Allah akan tetap kita perjuangkan kerana jangan meletakkan isu ini sebagai enteng yang mudah dipermain-mainkan,” kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin lapor FMT.

“Tetapi, kalau satu kumpulan itu sedang marah, kita tambah minyak akhirnya akan jadi kebakaran lebih besar. Kalau satu kumpulan sedang marah atas (ia) sesuatu yang boleh diambil tindakan, biarlah pihak berkuasa bertindak.

“Mengapa nak bubuh api sehingga menjadi sesuatu kebakaran yang akhirnya akan memusnahkan benda lain? Janganlah tambah minyak sehingga boleh menyebabkan kemalangan kepada orang tidak terbabit,” katanya.

Selain kempen boikot yang diketuai Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, KK Mart menjadi sasaran tiga serangan bom petrol di Bidor, Kuantan dan Kuching sejak beberapa minggu lalu, sekali gus mencetuskan keresahan rakyat dan pemimpin mengenai keselamatan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Ia mengundang peringatan Istana Negara dan kerajaan untuk semua pihak mengelak menghasut rakyat menggunakan isu berkenaan.

Serangan bom petrol dan boikot KK Mart berterusan meskipun tujuh individu termasuk pengasas rangkaian kedai serbaneka itu bersama isteri serta pengarah syarikat pengedar stoking dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan niat melukakan perasaan orang Islam berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka berkenaan.

PAS sebelum ini menyatakan pendiriannya tidak bersama dalam gerakan memboikot KK Mart, sambil menjelaskan isu boikot premis kedai serbaneka itu tidak boleh disamakan dengan gerakan menolak entiti perniagaan milik Israel.

Bagaiamanapun, Akmal mendakwa kempen boikot itu perlu diteruskan untuk mempertahankan kemuliaan Islam.

Awal minggu ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa semua pihak berhenti mengambil kesempatan daripada kontroversi berkenaan.

Baginda bertitah perkara itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa, sambil menambah “kemarahan berterusan tidak membawa faedah”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat