Polis tahan empat lagi terkait lelaki Israel – Razarudin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Empat lagi individu warga tempatan diberkas dipercayai berkait dengan penahanan lelaki Israel, Shalom Avitan ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 28 tahun hingga 41 tahun ditahan di Johor, semalam.

Katanya, tiga lelaki dan seorang wanita tersebut dipercayai dapat membantu kes yang disiasat.

“Kita ada tangkap empat lagi individu berkaitan kes tersebut.

“Kesemua suspek berusia 28 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Skudai dan Gelang Patah di Johor,” katanya lapor Kosmo! pada Khamis.

Kata Razarudin lagi, siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap keempat-empat individu terbabit.

Sehubungan itu, jumlah tangkapan menjadikan seramai tujuh individu ditahan setakat ini termasuk suspek utama iaitu lelaki Israel berusia 38 tahun.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat