Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (4 April 2020)

- Advertisement -

1. PDRM ATM telah mengadakan sebanyak 731 Sekatan Jalan Raya & melakukan pemeriksaan ke atas 426,764 kenderaan.

2. PDRM telah melakukan sebanyak 26,202 pemeriksaan mengejut & pemeriksaan ke atas 4,171 premis.

3. Semalam (3 April) PDRM telah menahan 413 individu berbanding 524 tangkapan pada hari sebelumnya di sekatan jalan raya & rondaan PDRM kerana melanggar PKP.

4. Penurunan sebanyak 21.18 peratus.

5. Seramai 362 individu dituduh di mahkamah.

6. KPKT Bersama agensi berkaitan telah melaksanakan Ops Sanitasi Awam di seluruh negara.

7. Semalam (3 April) 426 kawasan di sekitar 11 negeri telah di nyah cemar.

8. Antara kawasan dinyah cemar termasuk 170 Balai Polis & 38,140 unit PPR di kawasan berisiko tinggi.

9. KPKT bersetuju membenarkan pihak pengurusan premis kediaman berstrata beroperasi sepanjang tempoh PKP.

10. Pelaksanaan kuarantin wajib ke atas rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah bermula pada 3 April (semalam).

11. 1,188 orang telah dikuarantin di seluruh negara, di mana 711 orang telah dikuarantin sejurus tiba di KLIA.

12. Sejak 19 Mac & pelaksanaan PKP, seramai 4,933 orang telah dikuarantin di seluruh negara.

13. 90 pusat kuarantin dibuka di seluruh negara.

14. Bagi rakyat Malaysia yang transit di KLIA untuk pulang ke Sabah & Sarawak tetapi tiada tiket atau bukti perjalanan, mereka akan dikuarantin sebaik tiba di KLIA.

15. Kerajaan telah menyediakan bas penumpang untuk menghantar semua ke pusat kuarantin, bukannya bas penjara atau trak seperti diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

16. Penggunaan trak hanya digunakan untuk mengangkut barang-barang.

17. Sehingga 3 April, 184 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM & SKMM berkaitan penyebaran berita palsu COVID-19. 20 kes telah didakwa di mahkamah.

18. KPT telah melanjutkan tarikh tutup permohonan UPU online bagi calon lepasan SPM & STPM atau setaraf.

19. Permohonan UPU online utk Universiti Awam, IPG, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam dilanjutkan ke 17 April.

20. Celcom bersetuju menyediakan servis telekomunikasi internet percuma melalui edaran kad SIM prabayar kpd mereka yg dikuarantin.

21. Kemudahan 1GB data utk internet, WhatsApp Call, Skype dan 10GB utk FB & Instagram dapat memberikan kemudahan utk mereka berhubung dgn keluarga sepanjang kuarantin 14 hari.

22. ASTRO & Unifi TV turut beri akses percuma utk saluran berita & hiburan kpd pengguna sepanjang PKP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat