Pas sedia bertanding jika 6 kerusi Parlimen Bersatu dikosongkan – Ammar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Mohd Ammar Nik Abdullah berkata, Pas bersedia bertanding pilihan raya jika 6 kerusi Parlimen Bersatu dikosongkan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia perlu menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan proses itu mengambil masa agak lama.

“Mengikut maklumat yang kita terima, pimpinan Bersatu bersetuju meminda perlembagaan dan menerusi perlembagaan itu, mana-mana ahli yang keluar atau memberi sokongan kepada parti lain akan terlucut jawatan mereka.

“Namun, pindaan berkenaan perlu mendapat kelulusan ROS, prosesnya lama dan tidak tahu bila. Namun jika kata berlaku PRK, kita bertanding lah,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini, lapor Berita Harian.

Terdahulu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada Sabtu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Pindaan itu membabitkan tiga perkara di bawah Fasal 10 Perlembagaan Bersatu iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian dan pemecatan ahli parti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasssin, berkata jika enam Ahli Parlimen berkenaan kekal menyokong Perdana Menteri, selaras dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, Akta Anti Lompat Parti akan berkuat kuasa, yang mana kerusi Parlimen berkenaan akan dikosongkan.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat