Kementerian Perpaduan mahu kekalkan hubungan baik dengan pengamal media – Aaron

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Kementerian Perpaduan Negara mahu hubungan baik dengan pengamal-pengamal media terus diperkukuh supaya maklumat mengenai inisiatif Kementerian dapat disebarkan dengan tepat.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, peranan media adalah sangat penting dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat.

“Hari ini kita adakan pertemuan dengan media dan tujuan kita untuk merapatkan hubungan dan menyebarluas segala aktiviti di kementerian perpaduan.

“Sebab itu kita perlu mendapatkan liputan lebih luas. Kita harap lebih banyak kerjasama dengan pihak media,” katanya semasa Majlis Temu Mesra Media di Seri Pacific Hotel hari ini.

Selain itu katanya kementerian kini memberi fokus dalam memperkasa pembangunan masyarakat Malaysia secara menyeluruh yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian.

“Perpaduan kita menyeluruh dan tumpukan Kepada kawasan sabah, sarawak dan semenanjung.

“Tahun ini fokus kita ke seluruh negara mengikut zon yang telah dibahagi kepada empat.

Turut hadir di Majlis Temu Mesra Media ialah Datuk Efendi Omar , Ketua Pegawai Operasi Media Prima, Zaiful Arifin, Editor Eksekutif Astro Awani, Datuk Zulkefli Hamzah, Ketua Pengarang Utusan TV dan Mohamad Azlan Jaafar, Pengarah Utusan Media Mulia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat