Darurat: Jangan tohmah keprihatinan Agong – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti melemparkan tohmahan terhadap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dalam memperkenankan proklamasi darurat.

“Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mencabar proklamasi darurat di mahkamah, saya percaya bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara amat memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi piawai (SOP) bagi mencegah penyebaran Covid-19.

“Kerajaan mendengar pandangan anda dengan tidak menutup ekonomi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Jadi tolong balas langkah ini dengan patuh betul-betul pada SOP supaya kita dapat pastikan kegiatan perniagaan dan perdangan terus bergerak dan pada masa yang sama membantu memutuskan penularan Covid-19 di tempat kerja dan dalam masyarakat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat