Kartunis Petai meninggal dunia

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kartunis Roslan Kassim atau popular dengan panggilan Petai meninggal dunia pagi ini kerana sesak nafas.

Allahyarham yang pernah popular dengan karya-karya hebatnya di majalah humor Ujang menghembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun.

Berita sedih pemergian kartunis itu di Hospital Sedang dikongsi di laman Facebook Rumah Kartun & Komik Malaysia pada Khamis.

“Beliau dimasukkan ke hospital malam tadi kerana sesak nafas (asma).

“Bersamalah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan memohon doa kepada Allah yang baik-baik terhadapnya,” kata kenyataan itu.

Ketika berkarya dengan majalah Ujang, Allahyarham dikenali dengan watak Dukun Petai.

Selain pernah bertugas dengan majalah Ujang, Allahyarham Petai yang berasal dari Melaka juga pernah berkarya dengan majalah Gelihati dan Gila-Gila serta Apo.

Allahyarham juga pernah menghasilkan komik humornya dengan nama Petai Palooza.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat