Tak kisah, janji dapat bantu

- Advertisement -

PELAKON Zara Zya enggan mengambil pusing dengan setiap komen negatif yang mempertikaikan caranya melakukan kerja pembersihan di rumah mangsa banjir di sebuah dewan di Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

Zara berkata, dia tidak terkesan dengan kecaman yang diterima kerana lebih penting ketika ini adalah misi membantu mangsa banjir.

“Saya terima apa jua kecaman. Biar apa mereka nak cakap. Bukan saya buat tutorial jual produk. Saya cuma nak dewan ini bersih dan mangsa banjir gembira dengan kerja pembersihan,” katanya.

Meskipun dikecam mengenai cara penggunaan ‘water jet’

yang dikatakan kurang tepat, Zara bagaimanapun menerima komen positif yang memuji niat murninya itu.

 

ZARA berpeluang turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri.
ZARA berpeluang turun padang membantu mangsa banjir di beberapa negeri.

 

Tambah pelakon berusia 37 tahun itu, dia bersama pasukan ZaraPrihatin yang ditubuhkan pada 2019 menjalankan misi bantuan banjir sejak 20 Disember lalu.

Katanya, dia sudah membantu beberapa kawasan yang terkesan banjir dan berharap dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

“Projek pertama yang dijalankan ZaraPrihatin adalah dengan memberi bantuan barangan kepada mangsa banjir di Meru, Klang. Bagaimanapun, saya tidak sempat turun padang.

“Selepas itu, baru saya berkesempatan menyertai misi bantuan banjir di Temerloh pada 27 Disember lalu. Kami hulurkan bantuan barang, mencuci dewan dan pada masa sama melakukan ‘trauma healing’. Bagi saya, bantuan tidak semestinya hanya berbentuk barangan.

“Saya percaya usaha ini sedikit sebanyak mengurangkan tekanan mangsa banjir. Saya tahu mangsa penat dari segi mental dan fizikal. Bila kita bersama, dapatlah melupakan masalah seketika,” katanya.

 

ZARA mengakui kalis kecaman dan enggan ambil pusing setiap kritikan terhadapnya.
ZARA mengakui kalis kecaman dan enggan ambil pusing setiap kritikan terhadapnya.

 

Bercerita lanjut mengenai misi bantuan yang dilakukan, Zara mengakui gagal menyembunyikan kesedihan apabila melihat nasib yang perlu dilalui ketika ke Hulu Langat bagi membantu mangsa banjir.

“Memang susah nak gambarkan perasaan ketika dalam perjalanan ke lokasi. Saya dapat lihat kesan air sehingga separuh pokok getah. Nampak rumah pecah dan rosak, barangan bergelimpangan.

“Apabila berbual dengan penduduk, mereka amat bersedih dengan kemusnahan tempat tinggal. Tahun ini sahaja, dua kali mereka berdepan ujian banjir,” katanya.

Zara juga bersyukur apabila dirinya diberi peluang untuk turun ke lokasi membantu meringankan beban mangsa.

“Masih banyak lagi kawasan yang terjejas akibat banjir. Kami tak boleh nak bantu semua. Kami cuba yang termampu saja,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat