Animasi penuh lagu hebat

- Advertisement -

FILEM: Sing 2

PENGARAH: Garth Jennings

PENULIS SKRIP: Garth Jennings

PELAKON: Matthew McConaughey, Reese Witherspoon, Scarlett Johansson, Taron Egerton, Bobby Cannavale, Tori Kelly, Nick Kroll, Pharrell Williams, Halsey, Chelsea Peretti, Letitia Wright, Eric Andre, Adam Buxton, Garth Jennings, Peter Serafinowickz, Jennifer Saunders, Nick Offerman dan Bono

TERBITAN: Illuminations

ULASAN: Syafil Syazwan Jefri (Ulasan filem ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya menonton filem berkenaan)

BAGI peminat filem animasi Sing, kehadiran filem sekuelnya, Sing 2 tentunya dinanti-nantikan. Bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, saya yakin peminat filem Sing juga terdiri daripada orang dewasa.

Saya sendiri jatuh hati dengan filem ini memandangkan ia adalah filem animasi muzikal yang menampilkan ‘playlist’ lagu hebat sepanjang tayangan.

Untuk filem kedua ini, jalan ceritanya lebih luas dan berbeza. Kalau dalam filem pertama, penonton dapat melihat bagaimana Buster Moon yang juga pemilik pentas teater yang hampir bankrup berjuang mempertahankan teaternya dengan mengadakan pertandingan nyanyian.

Dalam Sing 2, Moon sudah berjaya menempa kejayaan di pentas kecilnya dan ingin pergi lebih jauh lagi dalam industri muzikal.

 

CALLOWAY dan Ash.
CALLOWAY dan Ash.

 

Kerana ingin mengejar impiannya itu, Moon mempertaruhkan bakat artis-artisnya iaitu Rosita, Ash, Johnny, Meena dan Gunter serta mencuba nasib dalam uji bakat yang diadakan di Redshore City.

Di sana, mereka menyelinap masuk secara haram ke pentas uji bakat dan persembahan mereka yang berbeza daripada peserta uji bakat lain berjaya mencuri tumpuan pemilik teater muzikal gergasi di bandar itu iaitu Jimmy Crystal.

Namun Crystal meminta Moon untuk menampilkan artis legenda, Clay Calloway yang kini menyembunyikan diri selepas kematian isterinya.

BABAK pentas uji bakat dalam Sing 2.
BABAK pentas uji bakat dalam Sing 2.

Moon yang menipu dan meyakinkan Crystal bahawa dia berkawan rapat dengan Calloway bertungkus-lumus mencari idea untuk pementasan teater muzikalnya dan pada masa sama mencari idea untuk memujuk Calloway.

Dari situ, bermula perjalanan Moon dan artis-artisnya dan timbul pelbagai konflik yang menyentuh emosi serta mencuit hati.

Menariknya, dalam filem kali ini, setiap watak ada fokus masing-masing dan kita dapat melihat dengan jelas bagaimana setiap watak itu berkembang dan bekerja keras dalam pasukan mereka.

Lagu yang ditampilkan kali ini juga lebih menarik dan membuatkan penonton tidak boleh duduk diam di kerusi sepanjang durasi 110 minit tayangan.

Jalan ceritanya bergerak dengan pantas dan setiap babak digarap dengan menarik. Penonton tidak perlu menunggu lama untuk melihat perkembangan jalan cerita ini.

Sing 2 juga menampilkan barisan bintang baharu yang menjayakan watak baharu antaranya Pharrell Williams, Halsey dan Bono.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat