Semua pemimpin jangan angkuh, bodoh sombong jika tak mahu disingkir rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin sewajarnya mengikis sikap tidak boleh menerima kritikan, angkuh dan bodoh sombong dalam diri mereka.

Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Prof Zaharom Nain, menegaskan jika mereka terus bersikap demikian, lambat laun mereka akan akhirnya menerima balasannya dan disingkirkan oleh rakyat.

“Ahli-ahli politik seharusnya turun dari ‘kuda’ mereka, di mana mereka mengandaikan bahawa mereka berkuasa dan mempunyai pandangan yang lebih baik daripada semua.

“Sikap bodoh sombong ini menjadi masalah. Mudah untuk atasi sikap ini tapi untuk mereka ia sesuatu yang sukar, mereka mengandaikan bahawa mereka sentiasa benar.”

Katanya, sudahlah selalu melenting apabila ditegur, malah tidak sedar diri dan menyatakan pula bahawa rakyat sepatutnya berterima kasih kepada mereka.

Perangai buruk sebegini perlu dibuang, demi masa depan negara yang lebih baik,” katanya memetik Astro Awani.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat