JPNP Tangguh Sementara Aktiviti Pembalakan Musim Tengkujuh

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengambil keputusan untuk memberhentikan sementara operasi pengusahasilan hutan dan pengeluaran kayu dari matau di Negeri Pahang bermula 3 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pengarah Perhutanan Pahang, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin dalam surat arahan meminta pihak berkenaan untuk mengambil tindakan segera bagi penangguhan sementara ini bagi mengurangkan impak terhadap kawasan usaha hasil dan keselamatan pekerja.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil kepada pemegang lesen yang melanggar arahan ini dan boleh disabitkan kesalahan di bawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984.

Pun begitu JPNP sebelum ini pernah mengesahkan tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram di Hutan Simpan (HS) Lentang, tanah kerajaan serta tanah milik berhampiran Jalan Bentong-Karak dan Jambatan Sri Telemong di Bentong.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat