Langkah Sheraton: Hishamuddin tidak terlibat – Khairuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas calon Parti Amanah Negara (Amanah) di Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menafikan Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien terlibat secara langsung dalam ‘langkah Sheraton’ yang menjatuhkan Pakatan Harapan.

Melalui kenyataannya petang semalam, Khairuddin menegaskan bahawa Hishamuddin tidak pernah terlibat, apatah lagi dikaitkan sebagai perancang utama ‘langkah Sheraton’.

Terdahulu, bekas ahli parlimen Kluang, Liew Chin Tong mendakwa, Hishamuddin bersama Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali merupakan dalang utama kepada ‘langkah Sheraton’.

Walau bagaimanapun, Khairuddin mengesahkan bahawa penglibatan Azmin dan Hamzah dalam langkah tersebut merupakan fakta yang tidak dapat disangkal.

Khairuddin yang juga merupakan bekas penggerak utama gerakan Deklarasi Rakyat sebelum ini, turut memaklumkan bahawa kesetiaan Hishamuddin pada Umno tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak, dan beliau juga merupakan ahli politik yang mempunyai pendirian teguh – yang sukar untuk terpengaruh dengan gerakan politik mana-mana pihak.

“Ahli parlimen Semberong ini bukan orang baru dalam dunia politik. Beliau sudah lama melibatkan diri dalam politik, sejak di usia muda.

“Perjalanan serta percaturan politik Dato Seri Hishamuddin amat matang.

“Walaupun beliau masih berada dalam parti Umno dan kami sudah keluar dari Umno; saya sentiasa berpegang pada fakta kebenaran yang ‘benar tetap benar.’

Justeru, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu menurut Khairuddin hanya bertujuan untuk memberi gambaran atau persepsi tertentu terhadap Hishamuddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,454FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat