Parlimen: Hampir 100,000 hilang kerja sejak Jan-Nov tahun ini – Timb Menteri

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

KUALA LUMPUR:  Seramai 99,696 pekerja termasuk golongan berkemahiran tinggi terlibat dalam pembuangan pekerja sejak Januari hingga 27 Nov tahun ini, akibat kesan penularan COVID-19 di negara ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.

Beliau berkata antara pekerja berkemahiran tinggi yang terlibat dalam pembuangan itu ialah kategori pengurus seramai 13,109 orang; profesional (26,079 orang); dan juruteknik serta profesional bersekutu (19,095 orang).

“Kesemua mereka ini berpendapatan RM4,000 ke atas yang tidak tersenarai dalam sistem Program Subsidi Upah (PSU) yang kita sediakan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan,” katanya pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) yang meminta kementerian menyatakan mengenai kegagalan PSU dalam menyenaraikan pekerja golongan pengurusan sebagai penerima subsidi upah sedangkan statistik menunjukkan secara jelas bahawa 59 peratus kadar pengangguran membabitkan kalangan pekerja berkemahiran tinggi.

Awang berkata pembuangan pekerja itu disebabkan faktor luar kawalan majikan dalam sektor tertentu yang tidak dapat dielakkan, walaupun kerajaan menjalankan pelbagai inisiatif dan pakej rangsangan ekonomi untuk mengurangkan impak.

“Antara sektor terlibat ialah pengilangan, penginapan dan Food and Beverage (makanan dan minuman), pemborong dan peruncitan, pembinaan dan pengangkutan,” katanya.

Awang berkata antara faktor yang melibatkan pembuangan pekerja ialah penutupan perniagaan; pengecilan tenaga kerja; skim berhenti secara sukarela (VSS) dan Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS); syarikat mengalami masalah kewangan kritikal; penutupan separa; pengambilalihan syarikat; dan penempatan semula syarikat.

Beliau berkata dianggarkan 75 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja yang dibuang adalah daripada golongan B40 yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.

Oleh itu, PSU yang diperkenalkan untuk membantu pekerja yang paling terkesan dalam kalangan B40 manakala golongan pengurusan yang diberhentikan kerja masih diberi perlindungan di bawah Akta SIP (Akta 800) tertakluk had gaji maksimum RM4,000.

Ini bermakna pekerja-pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 termasuk golongan pengurusan akan mendapat faedah seperti Elaun Mencari Pekerjaan, katanya.

-BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...