Menteri KDN puji Ruji bawa 12 mesin dialisis buat rakyat di Merotai, kembali berbakti di tanah kelahiran

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memuji bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi apabila
menggerakkan inisiatif membawa sehingga 12 buah mesin dialisis untuk rakyat Merotai yang akan ditempatkan di Klinik Putramed di kawasan itu.

Menurut Saifuddin, usaha ini mungkin nampak kecil di mata sesetengah orang, tetapi bagi mereka yang setiap minggu perlu menempuh perjalanan jauh untuk rawatan, inilah satu kelegaan besar yang menyentuh jiwa.

“Tahniah Datuk Ruji, saya benar-benar tersentuh apabila mendapat tahu bahawa Ruji telah menggerakkan inisiatif membawa sehingga 12 buah mesin dialisis untuk rakyat Merotai yang akan ditempatkan di Klinik Putramed.

“Beginilah seharusnya politik difahami, bukan sekadar tentang kuasa dan kedudukan, tetapi tentang membantu rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.

“Itulah yang Datuk Ruji lakukan, apabila memilih untuk kembali berbakti di tanah kelahirannya dan menunaikan amanah dengan hati seorang rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau semalam.

Menurut Saifuddin, inilah contoh politik yang kita mahu, politik yang bekerja, bukan sekadar berkata.

“Moga semangat dan pendekatan seperti ini terus menjadi budaya dalam kalangan pemimpin kita.

Untuk rekod, Ruji tersenarai calon untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat