‘Main Belakang’ Bukan Merujuk Kepada Liwat Jelas Khairy Jamaluddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan semalam dimaklumkan kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada kerjasama pembangkang yang dimeterai sebelum pilihan raya dan bukannya berkaitan dengan liwat.

Menurut peguam mewakili Khairy, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, intipati ucapan itu amat penting kerana dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 yang berlangsung pada 2008.

“Ia adalah ucapan humor tetapi maksud ingin disampaikan adalah dalam konteks kerjasama pakatan politik di mana mereka parti pembangkang berkahwin sebelum pilihan raya dan berpisah kemudian. Ia pernah berlaku dalam pilihan raya sebelumnya pada 2004 dan 2008 di mana parti pembangkang bersatu dan kemudiannya bercerai.

“Dalam ucapannya, BN, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP (Parti Progresif Penduduk) disebut sebagai kahwin kekal, tetapi pembangkang kahwin muta’ah iaitu perkahwinan kontrak, ia boleh jadi sependek beberapa hari hingga sebulan.

“Anak guam saya bercakap tentang parti politik, anda tak boleh liwat parti politik, itu mustahil. Ia diucap dalam konteks kiasan. Apa yang dia mahu katakan adalah BN kahwin kekal sementara pembangkang pula kahwin kemudian cerai,” hujah Muhammad Shafee secara sidang video.

Khairy memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengarahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada Anwar di atas dakwaan memfitnah Anwar menerusi ‘main belakang’ dalam ucapan yang dibuat di Lembah Pantai sebelum PRU-12.

Sebaliknya pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Kesihatan itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Bagaimanapun, pada 15 Disember tahun lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya.

Prosiding hujahan yang berlangsung di hadapan tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Lee Swee Seng ditangguhkan sehingga Januari depan.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat