736 Mangsa Banjir Di Kedah Ditempatkan Di Pusat Pemindahan Sementara

- Advertisement -

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 736 mangsa daripada 200 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 4 petang tadi.

Seramai 754 mangsa daripada 205 keluarga dipindahkan pada pagi tadi di 13 PPS di daerah Baling, Kota Setar, Pendang dan Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua PPS di Baling iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong dan PPS Tunku Putera ditutup pukul 4 petang tadi.

Jelasnya, di daerah Pendang, jumlah mangsa kekal 224 orang daripada 53 keluarga di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah dan 68 mangsa daripada 22 keluarga di PPS Dewan Cenderawasih.

“Di daerah Kota Setar terdapat peningkatan mangsa iaitu 26 mangsa daripada lapan keluarga di PPS Surau Kampung Permatang Limau dan 23 mangsa daripada tujuh keluarga di PPS SK Tualang, Pokok Sena,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa di tiga PPS di Kota Setar pula terdiri daripada 80 orang daripada 23 keluarga di PPS SK Langgar.

“Seramai 62 mangsa daripada 23 keluarga di PPS SK Suka Menanti dan 108 mangsa daripada 29 keluarga di PPS SK Haji Wahab,” ujarnya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat