600,000 isi rumah M40 jatuh ke B40 – Eddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dianggarkan lebih kurang 600,000 isi rumah daripada kumpulan berpendapatan sederhana (M40) telah jatuh ke dalam kumpulan berpendapatan rendah (B40) akibat wabak COVID-19.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith, yang menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) di Dewan Rakyat pada Rabu.

“Jabatan Perangkaan menganggarkan 20 peratus atau kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah jatuh ke dalam kumpNasirulan B40 akibat pandemik COVID-19.

“Pada masa ini, pengkategorian kumpulan pendapatan masih relevan, dengan fokus kepada kumpulan B40 dan kumpulan M1, iaitu 10 peratus terbawah kumpulan M40,” maklum Eddin.

Kata beliau lagi, hanya 14 peratus daripada kumpulan M1 layak menerima bantuan tunai terus Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), yang diumumkan di bawah Belanjawan 2022.

Hal ini kerana pendapatan isi rumah bagi kumpulan M1 berkisar antara RM4,850 dan RM5,880 sebulan, manakala hanya mereka berpendapatan bawah RM5,000 sebulan layak menerima bantuan BKM, katanya.

Eddin juga berkata purata pendapatan isi rumah secara keseluruhan telah menurun 10.3 peratus antara tahun 2019 dan 2020, menurut kajian Jabatan Perangkaan.

Bagaimanapun, beliau berkata penyelidikan itu telah mengekalkan garis kemiskinan 2019.

Tambah beliau, kerajaan akan mengkaji semula garis kemiskinan dan klasifikasi pendapatan pada 2022, bersama-sama dengan tinjauan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dan tinjauan kemudahan asas.

“Penemuan kajian komprehensif akan digunakan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang disasarkan yang relevan dengan situasi sosioekonomi semasa,” kata Eddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat