Malaysia Sambut Baik Kebenaran Mengerjakan Umrah Selama 10 Hari

- Advertisement -

CYBERJAYA: Keputusan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini yang memberi kebenaran Jemaah luar negara mengerjakan ibadah Umrah selama 10 hari disambut baik oleh kerajaan Malaysia.

Menurut kenyataan media bersama  Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien dan Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri , Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dalam usaha memastikan umat Islam di Malaysia turut dapat mengerjakan Umrah di Tanah Suci.

“Kerajaan akan terus memantau situasi Covid-19 khususnya di Malaysia dan pada masa sama meneliti dai semasa ke semasa SOP ibadah Umrah yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Kita akan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat Malaysia khususnya jemaah Umrah yang bakal ke Tanah Suci kelak. Keselamatan dan kesihatan jemaah umrah Malaysia merupakan keutamaan tertinggi,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Khidmat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diambil kira bagi memastikan ianya berjalan dengan baik dan lancar.

Terdahulu pada 18 Oktober lepas, Hishammuddin mengumumkan Malaysia dan Arab Saudi setuju bentuk Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi demi perkukuhkan usahasama pasca pandemik.

kerjasama peringkat tertinggi ini akan memfokuskan untuk memulihkan semula ekonomi negara masing-masing berikutan kemorosotan ekonomi global, menstabilkan kembali rantaian bekalan makanan yang terganggu antara kedua-dua negara.

Disamping itu, kerjasama ini akan membantu rakyat masing-masing yang telah terkesan akibat krisis Covid-19 dan  memulakan perbincangan awal mengenai kuota haji tahun 2021 dimana perbincangan  ini akan merangkumi jumlah rakyat Malaysia yang dibenarkan mengerjakan umrah jika ia boleh dilaksanakan sebelum vaksin Covid-19 ditemui. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat