Johnny Depp gagal saman tabloid Britain

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pelakon terkenal, Johnny Depp kalah dalam kes saman fitnah terhadap tabloid Britain, lapor The Washington Post.

Saman itu difailkan selepas tabloid berkenaan menggelar Depp sebagai “pemukul isteri” dalam sebuah artikel mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Amber Heard.

Depp, menyaman Penerbit The Sun, News Group Newspapers dan pengarang eksekutif Dan Wootton, berhubung sebuah artikel yang diterbitkan April 2018.

Artikel itu pada awalnya menggunakan tajuk “Gone Potty: Bagaimana JK Rowling boleh gembira kerana memberi tawaran lakonan kepada pemukul isteri, Johnny Depp dalam filem Fantastic Beast yang baru?”

Depp, 57, yang antara lain terkenal dengan lakonan Jack Sparrow dalam filem francais Pirates of the Caribbean sebelum ini mengaku dalam perbicaraan bahawa dia dan Amber pada malam kejadian mabuk dan bertengkar namun menafikan memukul aktres terbabit.

The Washington Post melaporkan, hakim Andrew Nicol yang mengendalikan perbicaraan 16 hari di Royal Courts itu kemudian memutuskan bahawa The Sun membuktikan artikel mereka “sahih.”

Kekalahan dalam kes saman fitnah itu merupakan satu tamparan serius kepada Depp dan boleh membuatkan dia kehilangan pendapatannya yang lumayan melalui lakonan. Pelakon itu juga terpaksa membayar kos perundangan di London yang berkemungkinan bernilai jutaan dollar.

Keputusan itu pula satu kemenangan buat Amber yang berkempen menentang penderaan domestik atau rumah tangga sekali gus membantunya menaikkan semula reputasinya.

Sewaktu perbicaraan, Depp dan saksi- saksi menggambarkan Amber sebagai seorang pembohong yang manipulatif serta ‘pisau cukur’ yang cuba menganiayanya.

Amber, 34, yang memberi keterangan untuk membela diri, menuduh Depp menyerangnya sebanyak 14 kali sewaktu mereka masih berkahwin. Hakim mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyokong 12 insiden didakwa Amber.

Depp dan Amber bertemu kira-kira sedekad sewaktu menjalani penggambaran The Rum Diary, sebuah adaptasi novel Hunter S Thompson. Mereka berkahwin pada 2015, tidak tinggal sebumbung pada 2016 dan bercerai setahun kemudian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat