Malaysia konsisten sokong perjuangan Palestin bentuk negara merdeka, berdaulat

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa berpendirian jelas dan konsisten menyokong pembentukan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

Menerusi kenyataan hari ini, Kamarudin berkata pendirian negara adalah selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pembentukan negara melalui Penyelesaian Dua Negara berdasarkan garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara.

Justeru, beliau berkata kerajaan akan terus mengetengahkan pendirian serta menyokong usaha jujur, konkrit dan realistik bagi membantu Palestin serta mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Palestin.

“Kementerian Luar akan meneliti secara terperinci Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa Bil. 1 2020 yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat semalam.

“Selaras dengan dasar kerajaan yang komited menyokong Palestin, pihak kementerian akan membuat pertimbangan serius terhadap syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan menyelaras tindakan susulan melibatkan kementerian serta agensi kerajaan yang berkaitan memandangkan syor-syor tersebut juga meliputi perkara-perkara di bawah bidang kuasa mereka.

Sementara itu, Kamarudin merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa di atas jemputan kepada wakil kementeriannya untuk memberi taklimat semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 7 Feb lepas.

Taklimat tersebut adalah mengenai hubungan serta kerjasama antara Malaysia-Palestin serta inisiatif Malaysia bagi membantu rakyat Palestin selain menyokong perjuangan mereka, katanya.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan