Batu Sapi: Bersatu akan bincang bertanding atau tidak, Sabtu ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu Sabah dijadual akan membincangkan sama ada parti itu bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang akan diadakan pada 5 Disember akan datang.

Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Masidi Manjun memberitahu perkara itu akan dibincang partinya Sabtu ini.

“Isu itu mungkin akan dibincangkan pada mesyuarat Bersatu Sabah berikutnya yang dijadualkan Sabtu ini,” katanya memetik portal itu.

Buat masa ini, difahamkan majoriti parti politik dari kedua-dua belah pihak di Sabah memutuskan untuk tidak menyertai PRK itu berikutan wabak Covid-19.

Antara parti politik yang mengesahkan tidak akan bertanding iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

Keputusan ini secara tidak langsung memberi laluan bagi Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk mempertahankan kerusi tersebut berikutan kematian Ahli Parlimennya,Datuk Liew Vui Keong, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2018 atas tiket Warisan.

Bagaimanapun, Bersatu belum membuat keputusan mengenai PRK tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat