Pembangkang takut platform “Bossku” – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Lantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dikecam Lim Kit Siang kerana bimbang populariti pimpinan pembangkang akan tenggelam.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Puad memberitahu, sebenarnya mereka bimbang BNBBC akan lebih menonjol dan kredibiliti Ahli Parlimen BN naik sebagaimana popularnya platform “Bossku” pada rakyat. Mereka pula tenggelam.

Ujarnya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu terkejut beruk apabila Najib dilantik sebagai Pengerusi BNBBC.

Bahkan, Kit Siang berkata, pelantikan Najib itu mengejutkan dan memalukan Parlimen. Malah beliau minta Parlimen tidak mengiktiraf pelantikan Najib.

“Takut betul mereka pada Najib. Bukannya Najib jadi Perdana Menteri,Pengerusi BN atau Presiden UMNO.

“Takut apa? Najib cuma ketua kepada 23 ahli Parlimen backbenchers sahaja,” katanya.

Beliau turut menambah “semoga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terikut-ikut dengan perangai takut Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad Kalau ada “kejujuran politik” takut apa?

“Tun M pasti akan sokong Kit Siang. Malangnya Pejuang belum lulus tapi dua orang Ahli Parlimennya iaitu Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah cabut lari.
Esok lusa Dr Shahruddin dan Dato Amiruddin pun cabut sama,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat