Lokman Adam bebas dengan jaminan polis

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bekas ahli majlis tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Ahad lalu, kerana disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ketika bersiaran langsung di laman Facebooknya.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Lokman dibebaskan petang semalam manakala kertas siasatan kesnya akan dilengkapkan dalam tempoh terdekat.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan untuk dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam, Lokman direman sehari bagi membantu siasatan kes itu, selepas ditahan sepasukan polis di restoran berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan semalam berkata, kandungan video yang dimuat naik Lokman di media sosial disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana kesalahan menakutkan secara jenayah, Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, kerana menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan.

Terdahulu, Lokman memaklumkan menerusi laman Facebooknya memaklumkan ditahan polis ketika siaran langsung.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat