Bajet Selangor dibuat secara malas, tiada bantuan rakyat hadapi Covid-19

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Bajet Selangor 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor pada Jumaat lepas bukanlah Bajet untuk membantu rakyat mengharungi krisis COVID-19.

Menurut Ketua Penerangan Barisan Nasional ( BN) Selangor, Isham Jalil bajet yang dibentangkan itu lebih kurang sama seperti tahun lepas dari segi jumlah perbelanjaan, kutipan cukai dan apa yang dibelanjakan dengan hanya sedikit perubahan.

“Dalam Bajet ini, tidak ada banyak (atau tiada langsung) dibincang tentang bantuan rakyat dalam menghadapi kesempitan hidup semasa krisis COVID-19 ini.

“Ia seolah Bajet 2021 Selangor ini dibuat secara malas oleh MB Selangor yang hanya “cut-and-paste” dan ubah sedikit dari tahun lalu tanpa mengambil kira situasi pada tahun ini dan tahun hadapan yang berbeza iaitu dengan masalah ekonomi rakyat akibat krisis COVID-19,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Isham lagi kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta tahun lalu untuk program bekalan air negeri Selangor, namun masalah air masih lagi kerap berlaku.

“Tahun ini untuk Bajet 2021, jumlah yang seakan sama iaitu RM200 juta lagi diperuntukkan untuk program bekalan air, namun penyelesaian masalah air di Selangor masih tidak nampak penghujungnya.

“Tahun lepas kerajaan negeri telah memperuntukan setengah juta ringgit untuk program rakan sungai, namun sungai masih tercemar.

“Tahun ini satu juta ringgit diperuntukkan, namun di manakah impak peruntukan berjuta ringgit ini bila pencemaran sungai semakin berleluasa,” ujarnya lagi.

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak itu turut membidas peruntukkan berjuta-juta
ringgit untuk projek-projek seperti pembinaan atau ubahsuai stadium, expo kapalterbang dan sebagainya.

“Di kala krisis COVID ini, projek-projek dan program-program ini sepatutnya boleh ditangguhkan dahulu dan peruntukan-peruntukan ini boleh digantikan dengan bantuan terus kepada rakyat.

“Contohnya, daripada belanja RM2 juta ringgit untuk expo kapalterbang di Selangor, mungkin lebih baik jumlah ini kini digunakan untuk menaikkan elaun pegawai-pegawai masjid seperti bilal dan siak yang tidak seberapa kepada RM250-RM300 sebulan melalui Lembaga Zakat Selangor,” jelasnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat