Tangguh pembentangan RUU Pembaharuan Semula Bandar – MKT UMNO

KUALA LUMPUR, – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan agar Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) ditangguhkan daripada dibentangkan di Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira resolusi Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar yang turut menghimpunkan pemimpin parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pemaju serta masyarakat pelbagai kaum.

“UMNO berpendirian tegas bahawa RUU sedia ada perlu melalui rombakan besar yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan sebelum ia diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat turut melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mengetuai rundingan bagi membawa pendirian parti dalam usaha merombak dan menambah baik RUU tersebut demi kepentingan rakyat marhaen.

Dalam pada itu, UMNO juga menegaskan sokongan penuh kepada usaha kerajaan memastikan keselamatan serta pembebasan segera semua sukarelawan Malaysia dalam Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla Nusantara yang kini ditahan oleh rejim Zionis-Israel.

Dr. Asyraf berkata, UMNO mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus konsisten membawa suara Malaysia di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf Negara Palestin dan menekan rejim Zionis menghentikan penghapusan etnik di Gaza.- SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat