Cadangan 20 perkara Trump adalah ancaman, bukannya penyelesaian – Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR,— Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan cadangan 20 perkara yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bukanlah jalan penyelesaian kepada konflik Israel–Palestin, sebaliknya satu bentuk ugutan terhadap rakyat Palestin dan Hamas.

Dalam catatan di laman media sosial, Mantan Perdana Menteri Malaysia (1981–2003, 2018–2020) itu menyatakan tindakan Trump memberi tempoh empat hari kepada Hamas untuk menerima cadangan itu, dengan amaran bahawa jika ia ditolak, pembunuhan beramai-ramai di Gaza akan menjadi lebih buruk adalah satu ugutan.

Menurut Mahathir, cadangan tersebut digubal bersama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sekali gus menunjukkan ia sudah jelas memihak kepada Israel.

Mahathir turut ragu sama ada Hamas boleh menerima syarat penyerahan memandangkan lebih 60,000 rakyat Palestin telah terkorban akibat pengeboman Israel.

“Trump bukanlah pendamai. Beliau lebih gemar menggunakan ugutan tarif, sekatan ekonomi, dan pelbagai tuntutan untuk memaksa pihak lain. Tetapi dia gagal perang Rusia–Ukraine masih berterusan, pembunuhan juga masih berlaku. Genosid oleh Israel akan diteruskan,” kata Dr. Mahathir.

Beliau menambah, tidak mengejutkan jika Hamas menolak cadangan Trump kerana cadangan itu hanya akan memperkukuh kekejaman rejim Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Ringkasan cadangan 20 perkara Trump untuk Gaza

Cadangan yang digelar “Trump’s 20-Point Proposal” itu antara lain menggariskan:

  1. Gencatan senjata segera dan penghentian semua operasi ketenteraan.
  2. Pemulangan semua tebusan Israel dalam tempoh 72 jam.
  3. Pembebasan 1,950 tahanan Palestin termasuk 250 banduan seumur hidup.
  4. Penarikan berperingkat tentera Israel mengikut garis masa yang dipersetujui.
  5. Hamas dilucutkan senjata dan tidak dibenarkan mengurus Gaza.
  6. Laluan selamat bagi penduduk yang mahu meninggalkan Gaza.
  7. Gaza dijadikan zon “deradikalisasi” bebas ancaman.
  8. Penubuhan kerajaan teknokrat sementara di bawah pengawasan antarabangsa.
  9. Bantuan kemanusiaan disalurkan melalui agensi neutral.
  10. Perbincangan negara Palestin ditangguhkan sehingga PA (Autoriti Palestin) direformasi.
  11. Dialog politik Israel–Palestin dibentuk untuk hala tuju masa depan.
  12. Garis depan peperangan dibekukan sepanjang gencatan senjata.
  13. Penarikan semula tentera Israel disusun secara bertahap dengan syarat tertentu.
  14. Jika Hamas enggan, bantuan hanya disalur ke kawasan yang “bebas keganasan”.
  15. Mekanisme dekonflik dipersetujui bagi elak serangan tersilap.
  16. Pasukan keselamatan antarabangsa ditubuhkan bersama negara Arab.
  17. Kawalan sempadan Gaza bagi menutup laluan senjata, sementara barangan dibuka semula secara terkawal.
  18. Semua senjata dan infrastruktur ketenteraan Hamas dimusnahkan.
  19. Gaza dibangunkan semula dengan pengawasan antarabangsa selari reform PA.
  20. Pengawasan keseluruhan proses ini akan diketuai oleh Trump melalui sebuah “Board of Peace”. – SuaraTV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat