PAS Masih Berharap Umno Terima Bersatu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS tetap mengharapkan dapat bergabung bersama Umno dan Bersatu dalam ikatan penyatuan ummah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berharap suatu jalinan penyatuan ummah yang sejati dapat direalisasikan antara parti utama Melayu Islam di negara ini.

Beliau menyatakan, penyatuan ummah ini wajar mengambil roh dan semangat persaudaraan Islam seperti yang ditunjukkan dalam sirah iaitu antara Aus – Khazraj dan Muhajirin – Ansar yang akhirnya membawa kepada kekuatan dan kegemilangan pemerintahan berteraskan Islam.

“PAS menyambut baik kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan keterbukaan Umno dan PAS memulihkan agenda penyatuan ummah berikutan pertemuan empat mata dua Presiden Umno dan PAS pada 17 September 2022.

“PAS mengulangi komitmen untuk bersama dalam segala usaha ke arah mencapai hasrat penyatuan ummah terutamanya dalam kalangan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam berteraskan Ayat 10 Surah al-Hujurat yang menekankan soal ‘perdamaian’ di antara orang-orang Islam yang bertelagah dalam sesuatu urusan mereka,” katanya.

Susulan itu,Takiyuddin berkata, PAS dengan ini mengambil sikap mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno dalam hal ini dan akan membuat keputusan muktamad sebelum hujung minggu ini dengan mengambil kira aspek maslahah yang lebih besar serta mudarat (risiko) yang paling ringan.

Terdahulu, Umno bertegas tidak sesekali menerima penyertaan Bersatu dalam usaha memulihkan semangat Muafakat Nasional (MN).

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada PAS bahawa MN hanya akan dapat dihidupkan semula berpandu kepada prinsip piagam asal yang pernah disepakati membabitkan Umno dan PAS.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat