Mira Filzah tayang wajah Wan Khair Amir

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Mira Filzah, 29, dan suami juga ahli perniagaan, Wan Emir Astar atau Emir, 32, akhirnya berkongsi wajah anak mereka Wan Khair Amir menerusi sebuah foto mereka sekeluarga.

Dalam hantaran terbabit, Mira memanjatkan doa agar anaknya yang berusia lima bulan itu menjadi insan terbaik.

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa, mama dan semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak soleh, insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan Tanah Air.

“Papa dan mama sayang anak Wan Khair Amir, hingga ke akhir waktu,” katanya.

Terdahulu, Mira pernah menyatakan dia tiada niat untuk menyorokkan wajah anaknya itu. Namun menurutnya dia memilih untuk kongsikan wajah anaknya itu apabila tiba waktu yang sesuai nanti.

Bahkan, dia turut terkejut apabila akaun Instagram yang dibuka untuk anaknya meraih jumlah pengikut luar biasa. Setakat ini, akaun yang cuma mengandungi satu hantaran itu sudah mendapat lebih 52,000 pengikut.

Mira mendirikan rumah tangga dengan Emir pada 3 September 2020 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 10 Mei lalu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat