Noraini Sambut Baik Umno Setuju Letak 30 Peratus Calon Wanita Pada PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang bersidang pada Jumaat, bersetuju untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam PRU15 akan datang.

Katanya, keputusan ini bukan sahaja mengiktiraf keupayaan dan kemampuan wanita untuk memimpin, tetapi ianya merupakan satu iltizam UMNO untuk terus memperkasakan peranan wanita di negara ini.

Jelas Noraini lagi, agenda memperkasakan wanita ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Wanita UMNO sejak sekian lama dalam memartabatkan wanita-wanita di negara ini.

“Wanita Umno Malaysia menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang bersidang pada Jumaat, bersetuju untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam PRU15 akan datang.

“Keputusan ini bukan sahaja mengiktiraf keupayaan dan kemampuan wanita untuk memimpin, tetapi ianya merupakan satu iltizam UMNO untuk terus memperkasakan peranan wanita di negara ini.

“Agenda memperkasakan wanita ini merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Wanita UMNO sejak sekian lama dalam memartabatkan wanita-wanita di negara ini.
Terbaru, simposium Women Re-Energize Leadership Development ‘WoRLD’ – Mengarus Perdana Kepimpinan Wanita’ yang diadakan pada 23 hingga 25 September 2022 lalu.” katanya menerusi kenyataan medianya, pada Isnin.

Ujar Noraini lagi, melalui program WoRLD tersebut, satu resolusi telah dihasilkan antaranya penyertaan Wanita sebagai pembuat keputusan dalam politik ditingkatkan sehingga sekurang-kurangnya 30 peratus melibatkan semua lapisan kepimpinan parti, sayap Puteri UMNO dan juga komponen parti Barisan Nasional yang lain.

Bagi tujuan ini, Wanita UMNO akan membangunkan sistem maklumat Profail, Prestasi dan Kelayakan yang akan menjadi ‘CV Bank Wanita’ untuk menjadi rujukan kepada pucuk pimpinan parti di dalam memilih kriteria tertentu bagi sesebuah pemilihan calon samada di peringkat kerusi Parlimen, Dewan Undangan Negeri mahupun sebagai Ahli Dewan Negara, Senator kelak.

“Bagi memastikan kesinambungan usaha untuk mencungkil potensi dan bakat Wanita yang kompeten dan berkualiti diketengahkan sebagai calon-calon wakil rakyat, anggota pembuat dasar, peneraju GLC dan GLIC, sebuah Akademi Kepimpinan Wanita akan ditubuhkan dengan modul yang profesional dan menepati kehendak semasa keperluan rakyat dan negara.

“Menyambut seruan Yang Berhormat Dato’ Seri Presiden, program Perkaderan Bakat (Talent Scouting) akan dijalankan secara berterusan. Sebuah Papan Pemuka (Dashboard) akan dibangunkan bagi mengurus keperluan pembangunan dan pendidikan pimpinan Wanita yang lebih profesional meliputi berbagai kaum dan peringkat umur.

“Wanita UMNO Malaysia sentiasa berusaha menjaga kepentingan partisipasi kaum wanita di dalam kumpulan pembuat dasar seperti mana yang telah diangkat sebagai agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.” katanya.

Dalam pada itu, kata Noraini lagi, Wanita UMNO Malaysia mengucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan pucuk pimpinan UMNO kerana meluluskan resolusi yang dibawa oleh wanita. Ini jelas menunjukkan kematangan dan keterbukaan UMNO sebagai parti politik adalah jauh ke hadapan berbanding yang lain.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat