MB Kedah larang semua konsert, ganti acara sihatkan tubuh badan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kedah melarang semua penganjuran konsert hiburan dan hanya membenarkan acara berunsur menyihatkan tubuh badan sahaja.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor menegaskan, kejadian muda mudi terkinja-kinja tanpa arah gara-gara konsert hiburan di Balai Seni Alor Setar kelmarin menjadi penanda aras bahawa sebarang aktiviti yang boleh merangsang pelanggaran norma masyarakat tempatan tidak boleh diberikan ruang untuk membiak.

“Penganjuran Muda Mudi Weekend Fest melibatkan konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.

“Penganjuran acara yang menyihatkan tubuh badan seperti fun run, fun ride, treasure hunt, pertandingan memancing, dan lain-lain pertandingan yang selari dengan undang-undang, garis panduan program terbuka dan sesuai dengan tatasusila masyarakat tempatan adalah digalakkan,” kata Sanusi.

Justeru, katanya semua Pegawai Daerah yang mempengerusikan jawatankuasa berkaitan perlesenan hiburan telah dimaklumkan tentang hal ini dan arahan ini berkuatkuasa serta merta.

Tular di media sosial beberapa hari ini rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan ratusan penonton terdiri daripada anak muda dengan pelbagai aksi di Balai Seni Alor Setar.

Aksi menari terkinja-kinja pengunjung terutamanya anak muda yang hadir ke situ turut tular melalui beberapa video di media sosial sejak kelmarin.

Acara berkenaan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat