Monsun Timur Laut dijangka mula pertengahan November 2022 hingga Mac 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiap tahun negara mengalami Monsun Timur Laut (MTL) dan MTL 2022/2023 dijangka bermula pada pertengahan November 2022 dan berakhir pada Mac 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pada Isnin, menasihatkan orang awam untuk bersiap sedia sewajarnya dan tidak berasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada laman web rasmi kedutaan Amerika Syarikat (A.S) kepada rakyat mereka di negara ini.

“MET Malaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropik.

“Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga A.S di Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam disarankan mengikut arahan Agensi-Agensi Pengurusan Bencana Negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat