Farhash Wafa Bukan ‘Calang-Calang’ Orang Kata Faizal Azumu

- Advertisement -

IPOH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau perlu bekerja lebih kuat bagi menghadapi Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Ahmad Faizal, sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador bukanlah calang-calang orang.

“Saya perlu bekerja lebih kuat lagi sebab orang yang nak bertanding dengan saya ini bukan calang-calang orang, yang saya kira tahap boleh jadi Perdana Menteri.

“Jadi tentunya saya kena kerja lebih kuat untuk memastikan saya terpilih sekali lagi di Parlimen Tambun ini (kekalkan kerusi Tambun),” kata Ahmad Faizal.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Norhayati Abdul Rahim di Manjoi di sini, pada Ahad.
Norhayati, 39, yang juga ibu tunggal kepada empat orang anak kematian suami sekitar tiga bulan lalu

Sementara itu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, ketika masih berjawatan dan sedang memikul tanggungjawab, beliau berikrar untuk terus menggandakan kerja.

Bahkan, bekas Menteri Besar Perak itu juga berharap akan terus menabut bakti pada masyarakat pada masa depan.

Selain Tambun, Ahmad Faizal juga berharap dapat berkhidmat lebih baik di kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang yang memerlukan lebih banyak pembangunan.
Pada 25 September lalu, Farhash Wafa Salvador menegaskan beliau mungkin akan bertanding di mana sahaja Ahmad Faizal bertanding kerana Timbalan Presiden Bersatu itu dilihat sebagai calon ‘heavyweight’.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat