Individu Enggan Vaskin Seperti Pemandu Mabuk Kata Jurgen Klopp

- Advertisement -

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menyamakan individu yang enggan divaksin dengan pemandu mabuk.

Klopp membincangkan isu mengenai pengambilan vaksin menjelang pertemuan blokbuster pasukannya dengan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, di Anfield tengah malam ini.

Ketika Klopp mengesahkan 99 peratus daripada skuadnya sudah melengkapkan vaksinasi, masih banyak kelab dalam EPL yang dilaporkan hanya mencapai separuh daripada skuad mereka dalam penerimaan dua suntikan berkenaan.

“Saya tidak perlu meyakinkan pemain saya, ia lebih kepada keputusan natural daripada pasukan ini,” kata Klopp kepada wartawan.

“Saya tidak pernah membincangkannya dengan pemain secara empat mata dan menjelaskan kepada mereka,” katanya.

Klopp menambah: “Ia kedengaran seperti kami tidak dibenarkan untuk memberikan saranan.

“Di manakah saya mendapat pengetahuan bahawa adalah sebaiknya untuk mengambil vaksin? Saya menghubungi doktor yang saya kenal selama bertahun-tahun dan bertanyakan kepada mereka: ‘Apakah yang perlu saya lakukan?’.

“Itulah cara saya bekerja, apabila anda tidak tahu, anda bertanyakan kepada mereka yang pakar dan orang yang pakar itu akan menjelaskannya kepada anda.

“Kerana itulah saya mengambil vaksinasi, kerana saya berada dalam lingkungan umur (54) yang sudah tidak terlalu kuat, virus ini amat licik, dan saya amat gembira apabila saya mendapatkan vaksin. Pakar perubatan di luar sana memberitahu vaksinasi adalah penyelesaiannya buat masa ini.

“Jika saya katakan yang saya sudah divaksin, ada orang lain akan berkata: ‘bagaimana anda boleh yakinkan saya bahawa saya perlu divaksin?’.

“Ia seperti memandu dalam keadaan mabuk. Kita pasti pernah berada dalam situasi di mana kita minum sejumlah minuman keras dan menyangka kita masih boleh memandu tetapi kerana undang-undang, kita tidak dibenarkan memandu, jadi kita tidak melakukannya. Tetapi undang-undang itu bukanlah untuk melindungi saya daripada memandu sewaktu dalam keadaan mabuk, ia untuk melindungi orang lain ketika saya mabuk, dan kita perlu menerima undang-undang itu.

“Saya bukannya mengambil vaksinasi untuk melindungi diri saya sahaja, saya mengambilnya untuk melindungi orang di sekeliling saya. Saya tidak faham mengapa ia dikatakan sebagai sekatan kebebasan kerana jika ia benar, tidak dibenarkan memandu sewaktu dalam keadaan mabuk juga satu sekatan kebebasan.

“Saya mengambil vaksinasi kerana saya risau dengan diri tetapi apa yang lebih penting adalah tentang orang di sekeliling saya. Jika saya dijangkiti (COVID-19), itu salah saya tetapi jika saya menyebarkannya kepada orang lain, ia bukan kesalahan mereka,” katanya.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat