- Advertisement -
PENYERANG Liverpool, Sadio Mane telah menjadi pemain kedua dari juara Liga Perdana Inggeris yang duji positif COVID-19 minggu ini.
Kelab itu berkata dalam satu kenyataan pada hari Jumaat bahawa pemain Senegal, yang mencetak gol semasa kemenangan 3-1 pada hari Isnin ke atas Arsenal, telah menunjukkan sedikit gejala virus tetapi secara keseluruhannya sihat.
Pada hari Selasa, pemain tengah Liverpool yang baru menandatangani kontrak dengan kelab itu, Thiago Alcantara diuji positif dan juga dilaporkan menunjukkan gejala ringan.
“Kelab Bola Sepak Liverpool – dan akan terus – mengikuti semua protokol yang berkaitan dengan COVID-19 dan Mane akan mengasingkan diri untuk jangka masa yang diperlukan,” kata kenyataan itu – Reuters
-- Iklan --
-- Iklan --