Masrizal Disahkan COVID-19

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad memaklumkan beliau didapati positif COVID-19 selepas ujian kedua dilakukan Rabu lepas.

Dalam satu kenyataan, Masrizal menjelaskan, ujian pertama yang dilakukan pada 23 September lalu di Kota Kinabalu ketika kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah menunjukkan keputusan negatif.

“Bagaimanapun selepas keputusan kedua yang mendapati positif, saya dimasukkan ke Hospital Sg Buloh pada Khamis dan kini, Alhamdulillah saya sihat.

“Sejak ujian pertama dilakukan, tiada sebarang tanda-tanda demam dan batuk. Cuma sebelum masuk pejabat Isnin lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk buat ujian swap sekali lagi dan mendapati keputusannya positif,” katanya.

Menurut Masrizal, ketika menunggu keputusan ujian pertama dan kedua, beliau telah menjalani kuarantin bersendirian di rumah.

“Cuma selepas keputusan kedua keluar dan positif, saya dibawa ke hospital untuk dirawat sehingga hari ini.

“Saya mengharapkan agar kita semua tidak mengambil mudah ancaman pandemik ini. Jika ada peluang untuk buat ujian kedua atau ketiga, pergilah.

“Pengalaman saya tidak mempunyai sebarang simptom dan disahkan ada jangkitan menunjukkan bahawa 1,001 kemungkinan boleh berlaku. Mencegah dan berwaspada adalah lebih baik,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii dan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan turut disahkan terkena jangkitan COVID-19.

Kes baharu positif COVID-19 di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 287 kes dilaporkan pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat