Loco bawa kisah peribadi ke panggung Kuala Lumpur menerusi Scraps Tour

Daripada menjuarai rancangan realiti rap Korea Selatan hingga membina label sendiri, perjalanan Loco penuh dengan babak penting yang akhirnya membawanya ke Kuala Lumpur buat kali pertama dengan konsert solo berskala penuh.

Pada 2 November ini, Zepp Kuala Lumpur akan menjadi saksi bagaimana 2025 LOCO CONCERT: SCRAPS TOUR in KUALA LUMPUR membawakan bukan sekadar barisan lagu popular, tetapi juga naratif perjalanan hidup seorang rapper yang pernah digelar wajah baharu hip-hop Korea.

Nama Loco mula meniti di bibir ramai selepas kejayaannya menjuarai musim pertama Show Me the Money pada 2012. Namun, kejayaan itu hanya permulaan. Lebih sedekad kemudian, beliau bukan sahaja terus relevan dengan lagu hits seperti No More dan Don’t Give It to Me, malah kini berdiri lebih bebas dengan penubuhan labelnya sendiri, Locomotive.

Album terbarunya, Scraps, menjadi simbol transformasi tersebut satu koleksi 12 lagu yang merangkumkan pengalaman, keraguan, dan refleksi peribadi, diwarnai kolaborasi bersama nama antarabangsa seperti Jordan Ward, 1MILL, dan Feby Putri.

Loco dikenali bukan kerana visual besar semata-mata, tetapi kerana keintiman dan interaksi jujur dengan penonton. Setiap pentasnya menjadi ruang untuk bercerita, seolah-olah mengundang peminat masuk ke dalam fragmen hidupnya.

Justeru, Scraps Tour bukan sekadar siri konsert promosi album, tetapi juga peluang untuk menyaksikan bagaimana Loco menyalin helaian perjalanan peribadinya ke dalam persembahan langsung.

Selain Kuala Lumpur, jelajah Asia ini turut singgah di Taipei, Bangkok, Singapura dan Hong Kong. Kehadiran Loco di Malaysia dianggap lambang pengiktirafan terhadap komuniti peminat K-rap tempatan yang semakin berkembang.

Tiket mula dijual pada 5 September jam 11 pagi di my.bookmyshow.com, dengan harga bermula RM348 sehingga RM5,500 untuk VIP Box. Setiap kategori hadir dengan pelbagai faedah peminat, daripada akses raptai hingga sesi perpisahan eksklusif bersama Loco.

Dengan karisma yang terbukti, Kuala Lumpur dijangka bukan sahaja menerima persembahan bertenaga, tetapi juga satu naratif tentang bagaimana seorang rapper yang dahulu dilihat sebagai pendatang baharu kini berdiri sebagai suara autentik hip-hop Korea.

Maklumat lanjut boleh didapati di Instagram Starry Live Entertainment dan Facebook rasmi mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat