Pahang alukan program keagamaan selagi berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Waljamaah – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy berkata,  Kerajaan Pahang sentiasa mengalukan penganjuran program-program keagamaan di negeri ini sebagai tempat pengembangan institusi dakwah yang selesa dan selamat.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk penganjuran program keagamaan selagi berlandaskan kepada ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan tidak menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

“Ini kerana, kita mahu para ilmuan Islam memilih Pahang sebagai tempat yang selamat dan selesa dalam penyebaran Islam di negara ini,” katanya lapor Pahang Media.

Hadir sama ialah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Dr Haji Zulkifle Haji Ali Al-Hafiz dan ketua-ketua jabatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pahang juga telah menubuhkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP), Maahad Tahfiz Turath, Sekolah Rendah Tahfiz dan Tadika Tahfiz sebagai menyokong kepada perkembangan Islam di Pahang.

Malah, menerusi Yayasan Pahang juga turut menaja pelajar ke universiti di Timur Tengah.

Selain itu, jutaan peruntukan turut diberikan menerusi Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bagi pengembangan institusi masjid dan surau, pusat tahfiz, saudara baharu / mualaf, jemaah haji dan pelajar tahfiz.

Pada majlis sama, turut disampaikan 14 buah Proton Persona dan dua buah Isuzu D-Max kepada 14 Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan penguatkuasa JAIP seluruh Pahang dengan jumlah keseluruhan RM988,496.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat