Tujuh Negeri Diberi Perhatian Khusus Bawah Program Imunisasi – Dr Adham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perhatian khusus akan diberikan kepada negeri Sabah, Kelantan, Kedah, Johor, Perak, Terengganu dan Pahang di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau berkata ini kerana tujuh negeri berkenaan mempunyai kadar vaksinasi kurang daripada 55 peratus.

Katanya perkara berkenaan merupakan antara dua keputusan utama yang dibuat dalam mesyuarat Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang beliau pengerusikan bersama dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Melalui pendekatan ‘whole of government’, CITF akan memberi penekanan kepada peningkatan jumlah program jangkauan di negeri-negeri dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia untuk penggunaan aset yang berkenaan dalam memastikan vaksin COVID-19 dapat disuntik kepada penduduk yang jauh di pedalaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr Adham 17 organisasi telah diberikan kebenaran bagi melaksanakan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di bawah PICK, dan CITF menyeru agar negeri-negeri berkenaan berhubung terus dengan organisasi itu yang berpengalaman menjalankan program PPV bergerak.

Dr Adham juga berkata inisiatif vaksinasi secara pandu lalu dan jumpa terus akan terus diperhebatkan dan diperluaskan, dan negeri-negeri disaran membuka lebih banyak PPV pandu lalu sekiranya masih terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti (vaksinisasi) di negeri masing-masing.

Mengenai inisiatif vaksinasi jumpa terus di negeri-negeri, Dr Adham berkata ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh membuat semakan berkenaan inisiatif itu dengan Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

Katanya keputusan lain yang dibuat dalam mesyuarat berkenaan ialah supaya sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan vaksin yang diagihkan ke negeri-negeri melalui Jabatan Kesihatan diperuntukkan kepada Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPIN).

“Ini selari dengan perbincangan di Sidang Majlis Keselamatan Negara baru-baru ini untuk memperhebatkan lagi usaha pemvaksinan pekerja warga negara atau bukan warga negara sama ada di PPVIN statik atau secara jangkauan luar,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat