Tempoh Pembaharuan Lesen Memandu, LKM Dilanjutkan Hingga 31 Disember

- Advertisement -

CYBERJAYA – Tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang telah tamat tempoh sah akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Memetik laporan MalaysiaGazette, Ka Siong berkata, mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh sah, tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan dan pematuhan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun menuruntnya lagi, pemilik LKM yang tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan terbabit dilindungi insurans yang sah, dan memapar serta menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah bagi pemeriksaan.

“Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan LKM dan LMM hingga 31 Disember 2021,” katanya

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat