463 Kawasan Di Lembah Klang Alami Gangguan Bekalan Air

- Advertisement -

PETALING JAYA – Sebanyak 463 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan air sekali lagi susulan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Semenyih.

Gangguan air ini berlaku sehari selepas bekalan air pulih di 463 kawasan di Lembah Klang.

Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, loji rawatan air Sungai Semenyih dihenti tugas pukul 5.15 petang tadi.

Loji rawatan dihenti tugas tersebut adalah loji sama yang ditutup pada 31 Ogos lalu akibat pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Susulan kejadian terbaharu itu, Air Selangor memberitahu, berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan).

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa menerusi aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,564FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat