8 perkara yang anda perlu tahu tentang Forest Skywalk

- Advertisement -

MENJELAJAH ke perhutanan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) ternyata bukan sahaja membolehkan anda menikmati kehijauan dan keindahan, tetapi juga menenangkan fikiran.

Lebih menarik lagi kini sebuah jambatan baru, Forest Skywalk atau dikenali sebagai Jejantas Rimba telah dibuka untuk orang awam bermula 31 Ogos lalu di FRIM, Taman Botani Kepong.

Untuk anda yang sukakan ketinggian, inilah peluang untuk anda meneroka di sini!

  1. Jejantas ini berukuran 18-50 meter tinggi dan 250 meter panjang.
  2. Ia dibina menggunakan bahan aluminium sebagai struktur utama dan dikukuhkan dengan ‘guy wire’.
  3. Apabila berada di atas jejantas, pengunjung dapat menikmati pemandangan indah Kepong Botanic Garden (KBG), hutan FRIM yang merupakan hutan buatan manusia, sekitar kawasan Kepong serta Kuala Lumpur.
  4. Di atas menara peninjauan 50 meter pula, pengunjung dapat melihat pemandangan sejauh lebih kurang 30 KM serta bangunan-bangunan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya seperti Menara KLCC, Menara KL, Menara Tun Razak Exchange dan Menara Telekom Malaysia.
  5. Tiga sesi lawatan sehari untuk sejumlah 400 adalah seperti berikut:
    – 8.30 pagi bagi 150 peserta
    – 10.30 pagi (150)
    – 2.00 petang (100)
  6. FRIM akan menggunakan sistem kupon untuk mengawal bilangan pelawat pada setiap sesi lawatan.
  7. Kupon akan diedarkan kepada pengunjung yang menunggu di bawah Pejabat Pengurusan ‘Forest Skywalk’ 30 minit sebelum sesi lawatan bermula.
  8. Lokasi: Forest Skywalk – FRIM [Waze/ Google Maps]

Artikel berkaitan: Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa? Ini faktanya…

Untuk pertanyaan, sila hubungi Pusat Informasi Pelawat (VIC): [email protected]/ ??03-6279 7592/7596/7649].

8 perkara yang anda perlu tahu tentang Forest Skywalk

Selain bayaran tiket ‘Forest Skywalk’, terdapat juga caj parkir (RM5), kemasukan KBG (RM 1) dan kamera DSLR (RM5).

Harga tiket seperti berikut:

  • Pelajar (umur 7-17 tahun): RM 8 | *RM25 caj bagi bukan pemegang MyKad
  • Kakitangan FRIM: RM 8
  • Warga emas: RM 10 | *RM40
  • Dewasa: RM 15 | *RM 40
  • Caj tambahan untuk menara 50 meter??(terhad kepada mereka yang berusia 13 tahun ke atas): RM 5 | *RM10
  • Kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah tidak dibenarkan menyertai aktiviti ini.

Mulai 31 Ogos juga, waktu operasi KBG akan bermula jam 7.30 pagi sehingga 7.00 petang dengan kemasukan terakhir pada jam 6.00 petang.

8 perkara yang anda perlu tahu tentang Forest Skywalk

8 perkara yang anda perlu tahu tentang Forest Skywalk
Prosedur kemasukan #JejantasRimbaFRIM #ForestSkywalkFRI 

Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat