Covid-19: Kematian Pertama Dari Perhimpunan Terbesar Motorsikal, Dicatat

- Advertisement -

MINNESOTA: Kematian pertama akibat Covid-19 yang diketahui berpunca dari Sturgis Motorcycle Rally bulan lalu, telah dilaporkan di Minnesota, kata jabatan kesihatan negeri.

“Lelaki berusia 60-an itu, telah dimasukkan ke hospital dan di ICU (unit rawatan intensif),” kata jurucakap jabatan kesihatan Minnesota, Doug Schultz. Beliau mengesahkan bahawa pesakit juga mempunyai masalah kesihatan sedia ada.

Ribuan penunggang dan peminat motosikal berkumpul di bandar Sturgis, Dakota Selatan dengan penduduk seramai 7,000 orang, untuk perhimpunan 10 hari bulan lalu.

Walaupun acara itu biasanya membawa keuntungan ekonomi bagi masyarakat setempat, kebanyakan penduduk Sturgis memilih untuk tidak mengadakan perhimpunan tahun ini.

Tetapi pihak berkuasa bandar itu tetap bersetuju untuk mengadakannya.

Perhimpunan berlangsung dari 7-16 Ogos, dengan anggaran 460,000 kenderaan yang hadir, kata Jabatan Perhubungan Dakota Selatan.

Oleh kerana penunggang motosikal datang dari seluruh negara, sukar untuk mengetahui berapa ramai dikalangan yang dijangkiti di perhimpunan itu dan kemudian membawa virus itu kembali ke tempat asalnya.

Tetapi berdasarkan kajian, 61% dari semua daerah AS telah dikunjungi oleh seseorang yang pernah berada di Sturgis, menurut Camber Systems, yang mengumpulkan dan menganalisis aktiviti telefon bimbit untuk penyelidikan kesihatan – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat