Syarikat Penerbangan Kargo Bumiputera Raih Lonjakan Untung Ketika PKP

- Advertisement -

SEPANG – Ketika banyak perniagaan terpaksa menghentikan operasi selepas terjejas akibat krisis Covid-19, sebuah syarikat penerbangan kargo Bumiputera sebaliknya mendapat rahmat dan keuntungan daripada pandemik itu.

Ketua Pegawai Eksekutif My Jet Xpress Airlines, Azrul Hisham Abdul Wahab berkata, perniagaannya meningkat 2 kali ganda berbanding sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan mulai 18 Mac lalu.

“Sebelum ini, hanya sekitar 30 hingga 50 tan sehari.

“Namun, angka itu bertambah selepas (penularan) pandemik sehingga kini yang mencecah 100 tan sehari,” katanya selepas merasmikan penerbangan sulung My Jet Xpress ke Kuching dan Kota Kinabalu di Pusat Perkhidmatan Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

“Kejayaan syarikat ini didorong dengan memastikan tahap perkhidmatan mencapai pengekalan 98% kadar ketepatan waktu dalam keberhasilan layanan atau ‘On Time Performance’ (OTP) sepanjang masa.

“Pengekalan OTP itu dalam tempoh 2 tahun, My Jet Xpress berjaya memperolehi kontrak penting dengan beberapa syarikat kurier antarabangsa, selain syarikat tempatan.”

Beliau percaya trend peningkatan perniagaan My Jet Xpress Airlines yang ditubuhkan pada 2009, akan berterusan hingga tahun depan.

“Kita turut menyasarkan rekod keuntungan melebihi 3 kali ganda pada 2021.”

Azrul berkata, antara cabaran dihadapi syarikat itu ialah memastikan kualiti perkhidmatannya dikekalkan.

Katanya, syarikat itu menawarkan perkhidmatan penerbangan kargo dari KLIA ke Pulau Pinang, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Labuan, selain Ho Chi Minh dan Hanoi di Vietnam, Phnom Penh di Kemboja, Bangkok, Jakarta serta Singapura dengan kekerapan penerbangan 7 kali seminggu.

“Bagi laluan baru, buat masa ini kita bercadang untuk China serta sektor di Indochina.” – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat