KANADA dilaporkan telah menolak permohonan suaka politik dari bekas pengawal peribadi pemerintah Korea Utara ke dua, Kim Jong-il yang juga bapa kepada pemerintah negara itu sekarang, Kim Jong Un.
Lee Young-guk, 57, mendakwa dia bimbang akan diculik jika dihantar pulang ke Korea Selatan.
Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada dikatakan telah menolak permintaan mantan pengawal peribadi berkenaan untuk mengizinkannya tinggal di negara itu.
Lembaga itu dilaporkan sebagai berkata bahawa kenyataan Lee kononnya dia akan menghadapi penganiayaan di Korea Selatan, sebagai “tidak mempunyai kredibiliti”.
Lee memberitahu The Toronto Star melalui jurubahasa: “Situasinya suram.
“(Rejim) cuba menculik saya ketika saya berada di Korea Selatan. Sekiranya Kanada mengembalikan saya ke sana, saya akan mati” – Daily Mirror