Pembelian Boeing Dibiayai MAG, Bukan Duit Rakyat – Zafrul

Cyberjaya – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group (MAG) tidak melibatkan wang pembayar cukai.

Menurutnya, dakwaan kononnya pembelian pesawat Boeing membazirkan duit rakyat adalah tidak berasas, kerana ia merupakan keputusan perniagaan strategik syarikat dan dibiayai sepenuhnya oleh dana korporat, bukan dana awam.

“Pembelian pesawat ini adalah keputusan perniagaan strategik oleh MAG dan dibiayai menggunakan dana syarikat, BUKAN duit cukai RAKYAT,” katanya dalam satu hantaran di akaun X rasmi beliau hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pesanan 30 buah pesawat Boeing 737 itu telah diumumkan sejak Mac 2025, jauh sebelum pengumuman tarif baharu oleh Amerika Syarikat.

Tengku Zafrul berkata langkah menyenaraikan pembelian pesawat ini dalam senarai komitmen perdagangan Malaysia kepada Amerika Syarikat merupakan antara strategi untuk merundingkan semula tarif import yang dikenakan terhadap produk Malaysia.

“Malaysia disenaraikan sebagai antara pembeli utama produk Amerika Syarikat seperti Boeing, Intel dan Apple. Ini memberi kelebihan dalam rundingan, dan hasilnya kita berjaya menurunkan kadar tarif daripada 25% kepada 19%,” katanya.

Dalam laporan BERNAMA sebelum ini, pembelian itu adalah sebahagian daripada pelan pemodenan armada oleh MAG dan penghantaran pesawat dijadualkan bermula secara berperingkat hingga tahun 2030.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat