Parlimen lewat naik taraf, baik pulih 14 tahun – Audit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Projek naik taraf dan baik pulih Bangunan Parlimen mengalami kelambatan siap dari 6 tahun kepada 14 tahun.

Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 menyatakan, projek naik taraf dan baik pulih bangunan Parlimen sepatutnya mengambil masa 6 tahun namun, mengalami kelambatan siap sehingga 14 tahun.

“Secara keseluruhannya, pengurusan projek naik taraf dan baik pulin Bangunan Parlimen Malaysia adalah memuaskan dengan enam fasa telah disiapkan dan satu fasa dalam pelaksanaan.

“Pencapaian projek yang sepatutnya mengambil tempoh 6 tahun mengalami kelambatan siap sehingga 14 tahun mengambil kira projek fasa 2C(ii) yang dijadualkan siap berdasarkan kontrak pada tahun 2025,” katanya dalam laporan berkenaan yang dimuat naik pada Rabu.

Selain itu, Jabatan Audit Negara memaklumkan perubahan skop kerja yang banyak alas permintaan pelanggan dan teknikal turut menyumbany kepada peningkatan kos siling berjumlah RM106.10 juta (20.4 peratus) daripada RM520 juta kepada RM626.10 juta.

“Prestasi kewangan projek juga menunjukkan perbelanjaan sehingga 31 Disember 2021 adalah berjumlah RM468.45 juta (74.8 peratus) berbanding peruntukan terkini berjumlah RM626.10 juta.

“Selain itu, terdapat kelemahan dari segi pengurusan projek seperti pengurusan nilai, pengurusan kontrak dan perolehan, dan tadbir urus pembangunan sistem ICT dalam kontrak kerja yang memerlukan perhatian daripada
pihak pengurusan untuk tindakan penambahbaikan,” jelasnya.

Hal demikian, Jabatan Audit mengemukakan syor bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan tidak berulang pada masa hadapan.

“Pihak Audit mengesyorkan tindakan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu memastikan tadbir urus dan pemantauan adalah menyeluruh dan
berkesan supaya pelaksanaan projek berjaya dicapai mengikut objektif yang ditetapkan.

“Selain itu, Parlimen dan JKR perlu memastikan pengurusan pembangunan sistem ICT dirujuk kepada pihak yang berautoriti bagi memelihara keperluan, kepentingan dan keselamatan ICT sektor awam.

“Parlimen perlu memastikan perolehan aset memfokuskan kepada penggunaan aset
yang optimum dan dimanfaatkan sepenuhnya,” sarannya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat