Tokyo 2020: Takut Dengan Keupayaan Penerjun China Pun Tiada Gunanya, Kata Jurulatih

- Advertisement -

“JANGAN gentar dengan China”.

Demikian tegas jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, berikutan amat arif mengenai kekuatan gergasi dunia itu.

Dalam masa yang sama, dia menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan wakil negara untuk merintis kemungkinan pingat dalam acara 10m individu platform wanita.

Setakat ini, China sudah merangkul empat daripada lapan pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Berdasarkan pencapaian temasya Rio 2016 di mana China memungut tujuh emas, sekali gus mengidam untuk mengulangi pencapaian sama.

Begitupun, Zhuliang langsung tidak gusar kerana dia mempunyai resipi untuk menghampakan kem China.

Ia bukan omong kosong kerana ramuan yang direncanakannya terbukti pernah berkesan seperti membentuk Jun Hoong menamatkan dominasi China ketika bergelar juara dunia pada 2017 dalam acara sama.

Tokyo 2020: Takut dengan keupayaan penerjun China pun tiada gunanya, kata jurulatih

Astro Arena

Ogos 3, 2021 05:40 MYT

Zhuliang berkata dia langsung tidak gusar dengan China yang sudah merangkul empat daripada lapan pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 kerana dia mempunyai resipi untuk menghampakan kem negara itu. – Foto Astro ARENA

“JANGAN gentar dengan China”.

Demikian tegas jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, berikutan amat arif mengenai kekuatan gergasi dunia itu.

Dalam masa yang sama, dia menaruh keyakinan tinggi terhadap kemampuan wakil negara untuk merintis kemungkinan pingat dalam acara 10m individu platform wanita.

Setakat ini, China sudah merangkul empat daripada lapan pingat emas yang ditawarkan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Berdasarkan pencapaian temasya Rio 2016 di mana China memungut tujuh emas, sekali gus mengidam untuk mengulangi pencapaian sama.

Begitupun, Zhuliang langsung tidak gusar kerana dia mempunyai resipi untuk menghampakan kem China.

Ia bukan omong kosong kerana ramuan yang direncanakannya terbukti pernah berkesan seperti membentuk Jun Hoong menamatkan dominasi China ketika bergelar juara dunia pada 2017 dalam acara sama.

BACA: Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran

BACA: Olimpik Tokyo: ‘Kami sudah lakukan yang terbaik’ – Pandelela

BACA: Olimpik Tokyo: Pandelela-Mun Yee gagal butir pingat pertama negara

Biarpun prestasi Jun Hoong tidak seperti empat tahun lalu, jurulatih kelahiran China itu percaya anak didiknya tersebut masih mampu mencabar kuasa besar berkenaan, tambahan pula dia secara peribadi sudah melakukan kerja rumah untuk persiapan saingan Rabu ini.

“Tidak perlu takut sebab mereka bukan lagi di tahap yg sama, takut pun tiada makna.

“Tapi pertandingan kali ini penerjun negara ada peluang yang besar kerana COVID-19 berikutan kebanyakan sistem latihan setiap negara sudah berubah, markah yang diraih dalam Sukan Olimpik kali ini pun agak rendah,” kata jurulatih itu.

Malaysia mempertaruhkan dua wakil termasuk Pandelela Rinong dengan mereka akan dicabar 28 lagi penerjun bagi pusingan pertama.

Hanya 18 terbaik akan mara ke separuh akhir sementara 12 slot diperuntukkan untuk aksi final.

“Saya kenal mereka (penerjun China), jurulatih mereka pun sebelum ni merupakan rakan sepasukan saya.

“Tiada rasa janggal dan hubungan kami masih akrab. Kami masih saling berhubung biarpun tiada pertandingan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat