Pejuang Fokus Masalah Rakyat, Enggan Ulas Perkembangan Politik Semasa – Mukhriz

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Muhkriz Mahathir hari ini berkata, parti itu akan memberi fokus menyelesaikan masalah rakyat dan mengambil pendirian enggan mengulas perkembangan politik semasa.

“Pejuang merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar fokus perlu diberikan kepada krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda rakyat sejak lebih 17 bulan ini akibat pandemik COVID-19.

“Sememangnya itu yang dihasratkan oleh Pejuang ketika mencadangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara dengan menggembleng tenaga pakar bagi memberi tumpuan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Berpaksikan semangat mendahulukan kepentingan rakyat, Pejuang mengambil pendirian untuk tidak mengulas mengenai perkembangan mutakhir yang dicetuskan oleh pelbagai pemimpin parti politik,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, semalam Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyertai himpunan Ahli Parlimen (MP) pembangkang di hadapan pintu masuk Parlimen dalam usaha mereka mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Menurut Pengerusi Pejuang itu, Muhyiddin perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan dibuat Menteri di Jabatan Perdana (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkenaan isu Ordinan Darurat.

“Beliau tidak berusaha memperbaikinya ketika Takiyuddin membuat pengumuman atau menghentikan Takiyuddin walaupun duduk tepat di depannya. Muhyiddin juga tidak membuat penjelasan pada hari berikutnya.

“Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin bertanggungjawab di atas tindakan memalukan ini dan juga anggota kabinet yang lain. Beliau harus meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan anggota kabinet mesti mengikutinya,” katanya, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat