PAS Mesyuarat Malam Ini Bincang Isu UMNO Tarik Sokongan – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pas akan mengadakan mesyuarat berhubung isu penarikan sokongan majoriti ahli UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat pada malam ini dan membuat keputusan selanjutnya setelah mesyuarat mencapai keputusan tetap.

“Perkara ini baru sahaja diumumkan, maka pihak kami dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut. Sekarang pihak kami belum mendapat senarai ahli yang menarik sokongan tersebut yang dikatakan majoriti.

“Setelah mendapat senarai tersebut dan memastikan bahawa majoriti UMNO telah menarik sokongan, pihak kami akan membuat keputusan berdasarkan perkara tersebut.

“Pas akan membuat pendirian sendiri parti mengenai sokongan terhadap sebagai Ketua Kerajaan. Keputusan akan dibuat mengikut keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat