Misteri angka sebenar ahli Parlimen tinggalkan kerajaan – Ahli MT UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyatakan hanya lapan orang Ahli Parlimen UMNO yang menandatangani surat akuan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut Ahli MT tersebut, daripada sebelas orang yang berdiri di belakang Ahmad Zahid tadi, tiga orang telah menandatangani akuan bersumpah menyokong Muhyiddin Yassin semalam.

Petang tadi tersebar berita 12 orang Ahli Parlimen UMNO meninggalkan kerajaan.

“Ahmad Zahid hanya menang sorak hari ini. Realitinya tidak sebegitu. Malah dalam mesyuarat tadi tidak ramai yang boleh bercakap, hanya ketua-ketua sayap dan beberapa ahli MT yang pro-Zahid dibenarkan bercakap,” jelas ahli MT yang mahu kekal ketanpanamaan.

Ahli MT tersebut juga menyatakan keputusan MT yang dibaca Zahid tidak mengarahkan ahli Parlimen menarik sokongan kepada Muhyiddin.

“Yang diumumkan ialah Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin selaku Perdana Menteri.”

“Sebulat suara dan sepakat di mana jika hanya beberapa orang bercakap? Ia juga bukan keputusan Ahli Parlimen UMNO.” -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat